Wednesday, 29 June 2016

10 JENIS PHOTOGRAPHY :


1. DEPT OF FIELD 

Dept Of Field secara definisi adalah tentang jarak yang dimiliki subjek foto untuk menghasilkan variasa ketajaman / fokus pada foto yang dihasilkan.


















2. BLACK AND WHITE

    Black and White atau hitam putih dalam fotografi adalah sebuah aliran tersendiri yang mempunyai cukup banyak peminat. Dimana berbeza dengan foto berwarna yang mempunyai aneka warna-warni, BW hanya terdiri daripada 2 warna hitam ke putih. Kenapa perlu BW? kenapa tidak warna sahaja? memang foto berwarna mempunyai kemampuan menangkap suasana seperti asalnya. Tapi dengan BW, gambar menjadi unik dan cenderung lebih jelas apa yang menjadi fokus utamanya.



















    3. LIGHT TRAIL

    Foto light trails atau jejak lampu adalah foto dengan objek utama lampu kenderaan yang terlihat mengekor panjang mengikuti bentuk jalan. Foto jejak lampu ( light trail ) popular sebagai bentuk bagi pengemar fotografi. 


















    4. WARM 

    Warm bermaksud foto yang kelihatan panas apabila melihat foto tersebut dan foto ini juga kelihatan agak gelap supaya menampakkan lebih menarik dan meningalkan kesan pada pengemar fotografi.


















    5. REFLECTION

    Dalam fotografi teknik, refleksi disebut juga sebagai pemantulan. Secara ilmiahnya boleh diertikan sebagai perubahan arah cahaya ke arah sisi asal, selepas pantulan antara muka dua.



















    6. DRAMATIC

    Foto yang menampkkan pergerakan yang tidak disengajakan semasa atau waktu mengambil foto tersebut.


















    7. POTRAIT

    Fotografi portrait merupakan gambar yang menggunakan gambar wajah sebagai fokus utamanya, walaupun begitu foto portrait bukanlah foto yang secara fizikal menangkap wajah seseorang untuk dijadikan objek dalam gambar yang dipertimbangkan kerana segi kepentingannya namun lebih ke jiwa yang ada dalam individu yang dijadikan sebagai subjek gambar.


















    8. COLD

    Foto yang kelihatan lembut dan sejuk apabila melihatnya dan permilihan warna yang lembut semasa mengambil foto tersebut.


















    9. EVENT

    Foto ini diambil semasa adanya sesuatu majlis ( event ) dan setiap pergerakan akan diambil untuk dijadikan sebagai foto event.


















    10. PANNING

    Panning adalah salah satu teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan gerakan pada benda yang bergerak. Cara melakukan panning adalah dengan menggerakkan kamera mengikut dengan arah gerakan objek yang ingin diambil sehingga objek akan kelihatan fokus, sementara background akan kelihatan kabur / blur.



















    SEKIAN, TERIMA KASIH......
    Assalammualaikum..memandangkan raya pun nak dekat disini saya ingin berkongsikan perbezaan raya dahulu dengan sekarang..Oleh itu, ada beberapa perbezaan :

    1.BUAT KUIH RAYA

    Orang Dulu-Dulu

    Start je 15 Ramadhan dah start bershopping beli bahan-bahan buat kuih raya. Setiap malam lepas solat terawih anak-beranak duduk berkumpul di dapur bakar kuih. Adik pula offer diri jadi tester. Habis satu tray dibahamnya. Stok hari raya yang mak dan kakak simpan habis sebelum tetamu sempat makan!

    Orang Sekarang

    Giant, Tesco, Aeon menjadi tempat serbuan untuk kuih express.


    2. HANTAR KAD RAYA

    Orang Dulu-Dulu

    Sibuk beli kad, beli setem, fikir pantun khas untuk hantar kad raya. Pecah kaca pecah gelas…haa, ingat?

    Orang Sekarang

    Teet tett…SMS, Whatsapp, Wechat menjadi pilihan. Tu pun ada yang berkurun tunggu mesej hari raya tak berbalas.


    3.MAIN BUNGA API

    Orang Dulu-Dulu

    Balik kampung adalah saat yang paling dinantikan sebab apa? Boleh main bunga api! Abang besar pulak main mercun bom. Takpun beli karbaid buat meriam buluh

    Orang Sekarang

    Duduk dalam rumah main tablet dan smartphone masing-masing..


    4. HADIAH PUASA PENUH

    Orang Dulu-Dulu

    Adik bila puasa penuh 30 hari, dapat RM30 bila tiba hari raya..

    Orang Sekarang

    Setakat RM30 dah tak pandang. Gadget-gadget macam galaxy tab, ipad mini menjadi idaman.


    5.TEMPAH BAJU RAYA

    Orang Dulu-Dulu

    Enam bulan sebelum raya dah shopping kain nak buat baju, ambil ukuran badan. Kalau boleh satu family nak sedondon warnanya.

    Orang Sekarang

    Apa susah-susah, baju Aaron Aziz kan ada?


    6. CARI DUIT RAYA

    Orang Dulu-Dulu

    Budak-budak riuh berpusu-pusu cari duit raya keliling kampung. Bila berselisihan dengan kawan, saling tukar maklumat rumah siapa bagi duit paling banyak, rumah siapa tak bukak pintu.Keluar pagi, balik senja, poket tebal 5 inci!

    Orang Sekarang 

    Budak-budak dah tak heran dan malas nak pergi cari sebab duit raya yang ‘collect’ kat rumah (abg, kakak, mak, ayah bagi lagi banyak) Lagipun ade tablet boleh main.


    7. ZIARAH RUMAH JIRAN

    Orang Dulu-Dulu

    Jiran sambut tetamu dengan hati terbuka. Ikatan silaturahim makin bertambah erat. Dapat gak usha awek rumah sebelah yang cun! 

    Orang Sekarang

    Ali : Assalamualaikum Pak Abu. Assalamualaikummmmmmmmmm! Jiran sebelah nak raya ni!

    Pak Abu : Rumah takde orang!


    Itulah  saja lah yang ingin saya kongsi kan tentang perbezaan Hari Raya dulu dan sekarang. Sedih rasanya generasi akan datang tak dapat merasai meriahnya raya macam zaman dulu-dulu..Assalammualaikum.....




    Say hi...