Assalammualaikum..memandangkan raya pun nak dekat disini saya ingin berkongsikan perbezaan raya dahulu dengan sekarang..Oleh itu, ada beberapa perbezaan :
1.BUAT KUIH RAYA
Orang Dulu-Dulu
Start je 15 Ramadhan dah start bershopping beli bahan-bahan buat kuih raya. Setiap malam lepas solat terawih anak-beranak duduk berkumpul di dapur bakar kuih. Adik pula offer diri jadi tester. Habis satu tray dibahamnya. Stok hari raya yang mak dan kakak simpan habis sebelum tetamu sempat makan!
Orang Sekarang
Giant, Tesco, Aeon menjadi tempat serbuan untuk kuih express.
2. HANTAR KAD RAYA
Orang Dulu-Dulu
Sibuk beli kad, beli setem, fikir pantun khas untuk hantar kad raya. Pecah kaca pecah gelas…haa, ingat?
Orang Sekarang
Teet tett…SMS, Whatsapp, Wechat menjadi pilihan. Tu pun ada yang berkurun tunggu mesej hari raya tak berbalas.
3.MAIN BUNGA API
Orang Dulu-Dulu
Balik kampung adalah saat yang paling dinantikan sebab apa? Boleh main bunga api! Abang besar pulak main mercun bom. Takpun beli karbaid buat meriam buluh
Orang Sekarang
Duduk dalam rumah main tablet dan smartphone masing-masing..
4. HADIAH PUASA PENUH
Orang Dulu-Dulu
Adik bila puasa penuh 30 hari, dapat RM30 bila tiba hari raya..
Orang Sekarang
Setakat RM30 dah tak pandang. Gadget-gadget macam galaxy tab, ipad mini menjadi idaman.
5.TEMPAH BAJU RAYA
Orang Dulu-Dulu
Enam bulan sebelum raya dah shopping kain nak buat baju, ambil ukuran badan. Kalau boleh satu family nak sedondon warnanya.
Orang Sekarang
Apa susah-susah, baju Aaron Aziz kan ada?
6. CARI DUIT RAYA
Orang Dulu-Dulu
Budak-budak riuh berpusu-pusu cari duit raya keliling kampung. Bila berselisihan dengan kawan, saling tukar maklumat rumah siapa bagi duit paling banyak, rumah siapa tak bukak pintu.Keluar pagi, balik senja, poket tebal 5 inci!
Orang Sekarang
Budak-budak dah tak heran dan malas nak pergi cari sebab duit raya yang ‘collect’ kat rumah (abg, kakak, mak, ayah bagi lagi banyak) Lagipun ade tablet boleh main.
7. ZIARAH RUMAH JIRAN
Orang Dulu-Dulu
Jiran sambut tetamu dengan hati terbuka. Ikatan silaturahim makin bertambah erat. Dapat gak usha awek rumah sebelah yang cun!
Orang Sekarang
Ali : Assalamualaikum Pak Abu. Assalamualaikummmmmmmmmm! Jiran sebelah nak raya ni!
Pak Abu : Rumah takde orang!
Itulah saja lah yang ingin saya kongsi kan tentang perbezaan Hari Raya dulu dan sekarang. Sedih rasanya generasi akan datang tak dapat merasai meriahnya raya macam zaman dulu-dulu..Assalammualaikum.....
No comments:
Post a Comment